Tuesday, February 7, 2012

~Rahsia Solat Lima Waktu~






Ali bin Abi Talib r.a. berkata,

"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab. 
' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.' 
Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

"Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. 
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. 
Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku. 
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.' 
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. 
Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.
' Rasullullah saw bersabda, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. 
Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'
Sabda Rasullullah saw lagi, 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.' 
Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan. 
Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.' 

Sabda Rasullullah saw, 'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.'

Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu: 

a) Dibebaskan daripada api neraka. 
b) Dibebaskan dari nifaq. 

"Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata, 
'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw). 
Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'

Sabda Rasullullah saw, 'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.' 
Kata orang Yahudi lagi,'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. 
Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.' 
Sabda Rasullullah saw, 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara: 

a) Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram). 
b) Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya. 
c) Diberi oleh Allah sebaik-baik amal. 
d) Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga. 
e) Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan). 
f) Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.
g) Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.' 

Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. 
Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.' 

Sabda Rasullullah saw, 'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).'
Kata orang Yahudi, 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. 
Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).' 

Peringatan !!!"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah: ayat 155) "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Surah Al-Baqarah: ayat 286) 

Sunday, February 5, 2012

Resepi Kek Cheese Oreo


Rasanya resepi ini sedap , jom kongsi resipi untuk kek Cheese Oreo. Saya dapat dari blog seseorang. Tq share.

Bahan Base A

  • 120g biskut oreo yang dihancurkan (biskut sahaja k)
  • 120g Mentega cair (mentega yang dicairkan)



Bahan Filling A

  • 2 biji kuning telur
  • 120g gula
  • 160ml susu


Bahan Filling B

  • 250g cream cheese
  • 2 1/2 sudu gelatin yang dicairkan dengan 6 sudu air panas
  • 250g whipping cream (dipukul sedikit)
  • 1/2 sudu besar jus limau (lemon)
  • Krim oreo yang diambil dari oreo untuk bahan base A
  • 2 Keping biskut oreo yang dipecahkan kecil (untuk hiasan bintik-bintik hitam tuh)


Cara-cara

Base: Campurkan bahan base A dan tekan-tekan ke baking can yang boleh bukak kat bawah. Pastu letakkan dalam peti ais untuk base ni mengeras. Kalau macam aku, letak dalam peti ais bahagian bawah jer.
Masak bahan-bahan filling A atas double boiler. Kacau sehingga mendidih dan sebati.[Jika tiada double boiler, letakkan periuk kecil dalam periuk besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan2 dalam periuk kecil ]
Pukul cream cheese sehingga lembut dan masukkan bahan-bahan filling B. Pukul sehingga sebati. Masukkan bahan filling A yg telah di’double-boil’kan tadi
Tuangkan dalam Base yang disediakan dalam step 1. Sejukkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama 2-3 jam.
Yang lebihan oreo tadi, korang boleh la guna kreativiti korang untuk hiaskan kek cheese ni k.

Tuang bahan filling A dan B ke atas lapisan Base



Oreo dihancurkan dan tekan rata di bawah baking pan (base)




 taburkan lebihan oreo kat atas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...